Khidmat Terjemahan

Misi anda terhalang disebabkan masalah bahasa? Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedia membantu, menyampaikan mesej dikehendaki, dan seterusnya menjadikan komunikasi anda lebih mudah. Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.

Di ITNM, kami menyediakan khidmat terjemahan profesional hampir dalam semua bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITNM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf – untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Selain itu, editor juga bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber, dan pada masa yang sama, sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Kami memiliki sekumpulan tenaga kerja berkaliber yang terdiri daripada penterjemah berpengalaman, editor terbaik, dan pembaca pruf yang teliti. Ini selaras dengan misi kami untuk menawarkan khidmat terjemahan berkualiti tinggi dengan terjemahan yang dihasilkan sama seperti teks sumber. Janji kami di ITNM, kami menawarkan khidmat terjemahan dengan kualiti terbaik – pada harga yang berpatutan.

KADAR BAYARAN

ITNM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Jumlah perkataan.
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal).
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera.
  5. Sebarang keperluan lain.

Diskaun akan diberikan bagi projek besar.

Bahan boleh diserahkan melalui pos, kiriman faks atau e-mel.

Kadar bagi Khidmat Terjemahan Segera

Nota: Khidmat terjemahan segera akan dikenakan kenaikan kos tambahan antara 25 peratus - 50 peratus (kecuali hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Jualan.